Kes PID di Malaysia pertama kali dicatat dalam tahun 1979 dan jumlah kes yang dilaporkan terus meningkat. Akan tetapi, kekerapan kes penyakit PID di negara ini tidak diketahui dengan tepat kerana ketiadaan satu pengkalan data khusus untuk PID di Malaysia.

Pada tahun 2020, Universiti Sains Malaysia telah memulakan langkah untuk mengadakan DAFTAR PID USM, pengkalan data yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Daftar ini dibina untuk menyimpan data pesakit PID untuk tujuan – tujuan rawatan klinikal, kajian lanjutan, dan penerbitan. Data yang terkumpul memainkan peranan yang kritikal dalam memacu kajian rawatan dan demografik untuk menambahbaik kualiti hidup pesakit PID di Malaysia.

Komponen asas daftar ini ialah maklumat demografik, rawatan, susulan, diagnosis, laporan makmal, dan data biobank. Pengumpulan data dan diagnosis pesakit yang disimpan di dalam sebuah pengkalan data bakal mampu untuk menambahbaik ketepatan penilaian diagnosis dan rawatan untuk pesakit PID.