Dr Intan Juliana Abd Hamid

Dr Intan Juliana Abd Hamid telah memulakan perkhidmatan Imunologi Pediatrik di Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM. Penyelidikannya ketika ini memfokuskan kepada penerokaan diagnosis dan mekanisma penyakit-penyakit imunodefisiensi primer di Malaysia. Salah satu impian jangka panjangnya adalah mewujudkan unit pemindahan sel stem hematopoietik di IPPT, USM yang berfungsi untuk pesakit dengan penyakit imunodefisiensi primer di Malaysia.

Beliau merupakan Pensyarah Perubatan DU56 di Institut Perubatan & Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia. Beliau menamatkan pengajian untuk ijazah perubatannya pada tahun 2001 di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh Ijazah Sarjana Perubatan Pediatrik dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2011. Beliau melanjutkan pelajarannya di UK, dan telah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Imunobiologi dari Universiti Newcastle, UK pada tahun 2017. Penyelidikan Doktor Falsafahnya memfokuskan hasil jangka panjang pesakit-pesakit keimunokurangan bercampur teruk (SCID) setelah pemindahan sel stem hematopoietik di Newcastle, UK. Beliau juga telah melengkapkan Persekutuan Klinikal Antarabangsa selama setahun di Pediatric Host Defense Unit, Newcastle di bawah naungan Tyne NHS Foundation Trust, UK; di mana beliau telah mendapat pendedahan tentang pengurusan dan transplantasi sel stem hematopoietik untuk pesakit imunodefisiensi primer.
Biodata Rasmi

Dr Zarina Thasneem Zainudeen

Dr Zarina Thasneem Zainudeen merupakan Pensyarah Universiti DS51 di Institut Perubatan dan Pergigian termaju, Universiti Sains Malaysia. Beliau menamatkan pengajian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dan telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Imunologi di University of Oxford, UK.

Beliau juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai pembantu makmal di makmal diagnostik yang sama, di mana membantu dalam ujian berdasarkan sel untuk Neuromyelitis Optica (NMO). Beliau kembali ke Malaysia dan menyertai kumpulan penyelidikan Penyakit Imunodefisiensi Primer di Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM pada tahun 2019. Penyelidikannya ketika ini memfokuskan kepada penerokaan diagnosis dan mekanisma penyakit imunodefisiensi primer di Malaysia. Salah satu impian jangka panjangnya adalah untuk menyediakan ujian diagnostik dan mengkaji mekanisma penyakit yang membantu dalam pengesanan awal penyakit imunodefisiensi primer di Malaysia.

Biodata Rasmi

Dr Ilie Fadzilah Hashim

Dr Ilie Fadzilah Hashim adalah seorang pensyarah universiti di Institut Perubatan & Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia sejak tahun 2018. Beliau memperoleh BSc. dalam bidang Kimia (Kepujian.) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, melanjutkan MSc. dalam penyelidikan perubatan di Universiti Sains Malaysia. Beliau menamatkan Ph.D. dalam bidang perubatan dari University of Cambridge.

Beliau juga adalah sebahagian daripada Kumpulan Penyakit Kekurangan Imuniti Primer yang memfokuskan pada genetik dan protein yang menyebabkan sistem kekebalan tubuh terganggu.
Biodata Rasmi

Dr Ernest Mangantig

Dr Ernest Mangantig adalah seorang pensyarah di IInstitut Perubatan dan PErgigian Termaju, Universiti Sains Malaysia dan merupakan penyelaras kursus untuk TRX500 Metodologi Penyelidikan dalam Perubatan dan Kesihatan.

Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam Kejururawatan dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2009. Meneruskan minat di dalam penyelidikan, beliau meneruskan pengajian ke peringkat sarjana dalam Statistik Perubatan di universiti yang sama dan tamat pada tahun 2012. Beliau kemudian memperoleh PhD dari University of Leeds pada tahun 2017 dengan pengkhususan pada application of statistical genetic in genetic epidemiology studies.

Minat beliau menjangkau kepada pengaplikasian kaedah statistik dalam perubatan dan kajian sains kesihatan seperti analisa kelangsungan hidup, model prognosis penyakit, meta-analisis, dan pembangunan kandungan dan pengesahan kajiselidik. Ketika ini beliau terbabit di dalam beberap projek seperti epidemiology and quality of life studies in thalassemua and primary immunodeficiency diseases (PID).

Official Biodata

Dr Nur Arzuar Abdul Rahim

Dr Nur Arzuar Abdul Rahim ialah lulusan Doctor of Medicine (M.D) Universiti Sains Malaysia pada tahun 2005 dan seterusnya Master of Medical (Pediatric) pada tahun 2014. Kepakaran beliau di dalam bidang Pediatrik dengan pengkhususan di dalam alahan pediatrik dan imunologi, dan juga dalam isu penyusuan ibu terutama di dalam inisiatif perkongsian susu ibu di kalangan ibu – ibu berugama islam khas untuk keperluan bayi – bayi yang sakit.

Beliau memulakan karier akademik beliau di Pusat Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2014 dan seterusnya mengetuai Regenerative Medicine Cluster dari tahun 2016 sehingga sekarang. Beliau masih aktif dalam projek – projek penyelidikan dan menulis kertas – kertas penyelidikan. Beliau juga pernah terlibat di dalam projek penglibatan dalam komuniti sebagai reviewer pembangunan instrumen untuk program Holistic Inclusive Education Program (HIEP) dari tahun 2015 sehingga 2016 dan program Pediatric Palliative Care dari tahun 2012 sehingga 2015.
Official Biodata

Jururawat

  • SN Firdaus Farhani Abu Bakar

  • SN Rasiah Rasit

Pelajar

2021

  • Nurfazimah Sahran, PhD
    Personalized Diet through prevotella and butyrate profile of high risk mother and the risk of infant’s allergy: a prospective randomized controlled trial” 2021
  • Jamil Aiman Mohd Baharudin, MMeD (Paediatric)
    Knowledge and practice of vaccination among parents in Kota Bharu, Kelantan” 2021
  • Nahla Mohammed Saif Nasser Alqasimi, MSc (Mixed mode)
    Developing normal reference ranges for Dihydrorhodamine (DHR) test using whoel blood (Retrospective analysis)” 2021
  • Siti Solehah Abdullah Muzafar Shah, MSc (Mixed Mode)
    Knowledge and attitude towards blood donation among Malaysian public during COVID-19 pandemic” 2021

2020

  • Wan Ahmad Ashraff Wan Naim, MMeD (Transfusion Medicine)
    Characteristics and profiling of intravenous immunoglobin demand in adult and paediatric patients in Hospital Universiti Sains Malaysia” 2020
  • Noor Faralina Zainul Fadziruddin, MRes
    Development and validation of immunophenotyping and lymphocyte proliferation in clinical flowcytometry” 2020
  • Ruwaydah Ahmed Mohammed Meelad, MRes
    Assessment of quality of life for patients and families with primary immunodeficiency in Malaysia” 2020

2019

  • Syarifah Masyitah Habib DZulkarnain, PhD
    Development of diagnostic Sanger sequencing panel for Severe Combined Immunodeficiency Disease in Malaysia” 2019
  • Nurul Hidayah Zahari, MMeD (Transfusion Medicine)
    Intravenous immunoglobin usage among patients in Hospital Kuala Lumpur” 2019
  • Jenet Guan Chin, MRes
    Prevalence pattern of Thalassemia in Sabah and quality of life of Thalassemia children and adolescent patients” 2019

Pelajar Tamat Pengajian