Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran untuk mewajibkan saringan pemeriksaan penyakit daripada kumpulan ‘Imunodefisiensi Primer’ (PID) terhadap bayi yang baru dilahirkan. PID atau Penyakit Lemah Daya Imun sejak lahir itu memerlukan rawatan peringkat awal dalam usaha menyembuhkan pesakit dan menyelamatkan nyawa.
Menurut Pakar Pediatrik Imunologi dan Alergi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Intan Juliana Abd Hamid, pemeriksaan sedia ada terhadap baru lahir tidak mencukupi untuk mengesan kehadiran penyakit PID ini. Mengulas lanjut, beliau berkata pemeriksaan PID terhadap bayi yang baru dilahirkan telah banyak dilaksanakan di luar negara manakala Malaysia ketika ini hanya berada pada peringkat pembangunan. Dalam bual bicara yang diadakan di Awani Pagi itu juga, Dr. Intan Juliana turut mengajak masyarakat dan pihak kerajaan supaya mengiktiraf penyakit PID sebagai masalah, serta berganding tenaga untuk mempertingkat kesedaran, sistem diagnosis dan rawatan penyembuhan yang dapat diakses oleh semua pihak.
Baca berita penuh di sini.