Ceramah Astro Awani Pagi: Penyakit Imunodefisiensi Primer in Malaysia

8th August 2019

Kekurangan pakar imunologi, ketiadaan pangkalan data nasional dan kesedaran dalam kalangan masyarakat merupakan antara cabaran yang menjadi batu penghalang untuk penyakit imunodefisiensi primer didiagnos dengan cepat di Malaysia.

Menurut perkongisian oleh Dr. Intan Juliana Abd Hamid di Awani pagi, kanak-kanak yang menghidap penyakit imunodefisiensi primer mungkin tampak normal ketika lahir, namun, mereka sebenarnya sangat cenderung kepada jangkitan kuman yang berulang. Antara 10 tanda amaran yang ada, tiga amaran penting yang diketengahkan ialah tumbesaran yang terbantut, memerlukan antibiotik secara intravena untuk merawat jangkitan dan sejarah positif keluarga dengan penyakit imunodefisiensi primer.
Tonton video penuh di here.