Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini melancarkan Perkhidmatan Rawatan dan Diagnostik Penyakit Imunodefisiensi Primer (PID), Ini menjadikan IPPT institusi pertama di negara ini yang mempunyai kumpulan PID lengkap terdiri daripada pakar kanak-kanak imunologi dan pakar penyelidik saintis, serta menjadi rujukan bagi penyakit itu di wilayah utara termasuk Kelantan dan Terengganu.
Simbolik pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman di Program Karnival Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Seberang Perai Utara 2019 yang mana IPPT menjadi tuan rumah.
Menurut Pengarah IPPT, Profesor Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman, “IPPT mengambil langkah untuk mewujudkan perkhidmatan ini bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan, dan rawatan seawal mungkin dapat menyelamatkan nyawa sekiranya disahkan menghidap PID,” katanya.
Baca berita penuh di sini.