Comments Off on Simposium Imunologi Klinikal Nasional ke-11 (NACLIS-11) & Persidangan Antarabangsa ke-2 Tentang Penyakit Imunodefisiensi Primer (PID)
Simposium Imunologi Klinikal Nasional ke-11 (NACLIS-11) & Persidangan Antarabangsa ke-2 Tentang Penyakit Imunodefisiensi Primer (PID)
Pasukan PID dari IPPT, USM bersama Prof Surjit Singh (India) dan Puan Martine Pergent (Presiden IPOPI) sewaktu program tersebut.
Pada 20-21 November 2019, Simposium Imunologi Klinikal Nasional Ke-11 (NACLIS 11) dan Persidangan Antarabangsa ke-2 Tentang Penyakit Imunodefisiensi Primer (PID) telah diadakan di Hospital Pengajar, Universiti Putra Malaysia. Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Pertubuhan Pesakit Imunodefisiensi Primer Malaysia (MyPOPI), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (AMDI), Universiti Sains Malayisa (USM) , dan Organisasi Pesakit Antarabangsa untuk Penyakit Imunodefisiensi Primer (IPOPI). Antara peserta yang dijemput adalah perwakilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), universiti, Institut Penyelidikan Perubatan dan pengamal kesihatan swasta di Malaysia. Agenda yang informatif merangkumi sesi perkongsian dengan pesakit imunodefisiensi primer (PID), PID di Malaysia Sepanjang 4 Dekad: Kebangkitan Pra 2020, Penjagaan Peralihan PID: Dari Pediatrik ke Dewasa, Perkhidmatan Diagnostik PID di Malaysia dan Dilema.