3rd Scientific Congress of Asia Pacific Society for Primary Immunodeficiency (APSID)

February 8, 2020

Bersempena dengan Kongres Saintifik Ketiga APSID yang berlangsung pada 8-9 Februari 2020, Dr. Zarina Thasneem Zainudeen telah berpeluang untuk turut serta sebagai peserta program dan penyampai poster.

Poster yang disampaikan bertajuk ‘Analis Sitometri Aliran Untuk Penyakit Imunodefisiensi Primer: Kajian keluarga dengan kanak-kanak berpenyakit granulomatous kronik di Malaysia. Program yang telah diadakan di Chandigarh, India itu telah dianjurkan oleh Jabatan Pediatrik, Pusat Pediatrik Termaju, Institut Pelajaran Medik dan Penyelidikan Pascasiswazah, Chandigarh. Peserta-peserta dalam program tersebut terdiri daripada rakan-rakan penyelidik, perunding dan doktor-doktor terlatih yang mempunyai minat mendalam terhadap penyakit imunodefisiensi primer.

Sesi dalam program tersebut termasuklah kuliah ilmiah dan diskusi bersama ahli panel tentang pelbagai penyakit imunodefisiensi primer, jangkitan, vaksinasi dalam penyakit imunodefisiensi primer, kegunaan modulator, imunoglobulin intravena, antibodi monoclonal, kegunaan sitometri aliran dan ujian genetik dalam penyakit imunodefisiensi primer, serta pemindahan sumsum tulang dalam penyakit imunodefisiensi primer.