Pada 5 Mac 2020 yang lalu, pasukan Penyakit Imunodefisiensi Primer IPPT telah berbesar hati memenuhi jemputan untuk berkongsi ilmu tentang penyakit jarang jumpa. Sesi ceramah itu telah diadakan di IKEA Batu Kawan Pulau Pinang dan dihadiri oleh semua krew IKEA. Sesi tersebut adalah satu sesi penglibatan masyarakat yang sangat bermanfaat, di mana memberikan orang awam pengetahuan baru.