Dr. Zarina Thasneem Zainudeen telah mencipta sejarah dengan pelantikannya sebagai saintis wanita pertama dari Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi Pengerusi Bersama (Anggota Junior Kumpulan Kerja Persatuan Asia-Pasifik untuk Imunodefisiensi (APSID).
Sebagai seorang tenaga pengajar di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM, beliau berkata bahawa pada kebiasaannya, pelantikan tersebut lebih tertumpu kepada pakar perubatan. Pelantikan tersebut telah membuka peluang kepada beliau untuk membina rangkaian kolaborasi dan platform pertukaran idea serta input hal berkaitan melalui perbincangan kes, latihan dan kerjasama dengan ahli Kumpulan Kerja Persatuan Asia-Pasifik untuk Imunodefisiensi di seluruh kawasan Asia-Pasifik.
Baca artikel penuh di sini.