Dr. Intan Juliana, SN Firdaus Farhani dan Dr. Zarina Thasneem bersama bayi lelaki tersebut serta ibu bapanya di Klinik Penyakit Imunodefisiensi Primer (IPPT) untuk rawatan susulan selepas prosedur pemindahan sumsum tulangnya.
Seorang bayi lelaki dengan penyakit granulomatous kronik telah menjalani pemindahan sumsum tulang dengan jayanya di Unit Pemindahan Sumsum Tulang Pediatrik di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.
Bayi tersebut telah dirujuk kepada Pakar Pediatrik Imunologi IPPT, Dr. Intan Juliana Abd Hamid ketika masih berusia 32 minggu dalam kandungan. Diagnosis awal dan kecekapan prosedur penyiasatan yang telah dilakukan menjadi elemen penting kepada kejayaan rawatan pemindahan sumsum tulang tersebut.
Baca lebih lanjut di sini.